Punca jeragat dan kulit kusam
Posted in Info Sihat
Terdapat tiga punca utama jeragat dan kulit kusam
1. Cahaya UV
Kehidupan kita sering tidak dapat lari daripada cahaya matahari. Cahaya matahari mengandungi sinar ub A dan B yang dapat merosakkan struktur kulit. Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.
2. Hormon
Sebarang perubahan hormon yang terjadi dalam tubuh samada disebabkan oleh pengambilan ubat hormon, mengandung, ataupun ketika haid pasti akan mengganggu keseimbangan hormon kita. Apabila hormon tidak seimbang, pelbagai fungsi tubuh tidak dapat berjalan dengan baik termasuklah keseimbangan kulit. Ini menyebabkan kulit tidak dapat mengawal pengeluaran jeragat di dalam tubuh.
3. Kulit kering
Apabila kulit kering, ini menandakan kelembapan pada kulit sangat rendah dan menyebabkan kulit mati lebih mudah dihasilkan. Hasilnya kulit akan nampak lebih kusam dan tidak bermaya.
Jadi apa anda perlu buat?
Punca jeragat ini sekiranya dibiarkan akan menyebabkan sistem pertahanan kulit menjadi lemah. Apabila dibiarkan sel kulit mati akan bertambah dan menyebabkan kulit semakin kusam dan lebih berjeragat. Jadi disini kami berikan sedikit tips yang boleh diamalkan.
1. Minum air masak.
Minum air masak dalam kuantiti yang biasa tetapi kerap adalah lebih baik dari meminum air masak yang banyak tetapi jarang-jarang.
2. Mengambil pelembap atau mengambil wuduk
Pelembap sangat disarankan sekiranya kulit kering. Ia bukan sahaja memberi kelembapan pada kulit malah dapat mengekalkan kelembapan tersebut. Mengambil wuduk juga adalah amalan yang bagus untuk memastikan kulit sihat dan sentiasa lembap disamping kita juga memperoleh pahala beribadat.
3. Perlindungan dari cahaya uv
Adalah digalakkan untuk melindungi kulit kita dari cahaya uv dengan menggunakan foundation yang berasaskan spf. Foundation dapat mengelakkan jeragat baru daripada terhasil kerana uv adalah faktor utama terhasilnya jeragat.
4. Mengambil suplemen kolagen tambahan
Semakin usia meningkat, kolagen dalam badan semakin berkurang. Ini menyebabkan kulit lambat menghasilkan sel baru untuk menggantikan kulit yang rosak akibat jeragat dan kulit mati. Jadi adalah penting untuk mengambil kolagen untuk mengoptimumkan fungsi kulit kita seperti usia muda.
Jadi, setelah mengetahui punca dan penyelesaian tersebut, kami ada menyediakan set lengkap mamadil untuk masalah jeragat dan kulit kusam
1. Women Love
2. Serum
3. Foundation
2. Serum
3. Foundation
3 item tu ada peranan masing2 untuk merawat, mengekal dan mencegah masalah pada kulit.
Kolagen yang cukup dalam badan penting untuk mengelakkan pigmentasi dan juga memberi tona kulit lebih sekata(elak kusam) serta memudarkan jeragat. Serum penting untuk menghilangkan kesan jeragat sedia ada, memberi kelembapan berpanjangan kepada kulit dan merawat kulit muka ketika tidur manakala foundation penting untuk memberi kelembapan pada kulit dan menghalang cahaya uv menembusi kulit yang menjadi punca utama terhasilnya jeragat.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan konsultansi dan mendapatkan produk tersebut, boleh whatssapp kami di
0198460646 (Najah)
Kami sedia membantu anda untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik tanpa merosakkan kulit dan tidak menggunakan bahan terlarang. Yang penting produk mamadil adalah dijamin halal dan lulus kkm.
0 Comment :