15/11/2017

Khasiat Kolagen Untuk Kesihatan dan Kecantikan

Tahukah anda apabila umur kita semakin meningkat, fungsi tubuh kita secara semulajadi akan berkurangan. Lebih menakutkan, apabila kita sering berhadapan dengan stress, radikal bebas dan pemakanan yang tidak sihat lebih cepat lah kita tua sebelum usia. Sukar nak elak situasi seperti ini kan...



Kalau nak tahu bagaimana hendak mengukur umur tubuh kita boleh lihat entri sebelum ini. 


Menurut Dr Shin Choon dalam utusan, 


"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.


Disini saya nak berikan fakta dan peranan kolagen dalam memastikan usia tubuh kita lebih muda berbanding usia.  Percaya tak bahawa kolagen penting untuk tubuh badan kita bukan sahaja dari aspek kesihatan bahkan juga kecantikan?


Apakah itu Kolagen? 
(sumber)




Kolagen ataupun collagen merupakan satu protein – satu molekul biologi yang besar – ia mengambil kira-kira 25% hingga 35% kandungan sekeluruhan protein dalam badan kita. Kebiasaannya terdapat di dalam tisu penghubung (connective tissue), seperti tendon, otot dan kulit.
Perkataan kolagen berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud “penghasilan gam” (glue producing). Hal ini kerana, pada zaman tersebut kulit haiwan dibakar dan dijadikan sebagai gam.
Kolagen adalah bahan yang menjadikan kulit kita elastik, kuat dan suci bersih! Badan kita, secara semulajadi menghasilkan kolagen, namun berkurangan mengikut peningkatan umur.
Selain itu, faktor haya hidup juga boleh mengurangkan penghasilannya, seperti amalan merokok, kerap terdedah kepada cahaya matahari dan pemakanan yang tidak seimbang.

Adakah Kolagen Berkesan?

Kebanyakan krim kolagen di pasaran adalah baik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menyegarkan kulit, namun tidak meningkatkan kadar kolagen di dalam badan, malah tidak meningkatkan kadar penghasilannya. Hal ini kerana kolagen bukanlah satu molekul yang mudah diserap oleh kulit.
Kebanyakan produk di luar sana juga ada membuat/memproses molekul kolagen itu agar lebih kecil dan mudah diserap. Namun, pada masa yang sama badan kita akan menganggap bahawa bahan tersebut merupakan bahan asing dan secara tidak langsung menyebabkan masalah alahan (allergy) – Oleh itu produk-produk krim kulit kolagen tidak boleh digunakan pada muka.
Secara umumnya, kolagen boleh mengekalkan awet muda dan pada masa yang sama boleh mengembalikan kejelitaan anda.
Untuk ketahui lebih lanjut akan kelebihan dan khasiat kolagen, sila baca di bawah.

4 Khasiat Kolagen



Kolagen secara umumnya adalah untuk mengembalikan awet muda, namun ia juga boleh memainkan beberapa peranan yang lain. Kami ringkaskan kepada 4 khasiat utama seperti dibawah :

#1: Khasiat Kolagen Untuk Kulit Berjerawat dan Parutnya

Kolagen mempunyai sejarah kosmetik yang lama, terutama dalam merawat/menghilangkan parut dan kesan jerawat. Dan pada masa yang sama menghilangkan kesan kedut pada muka dan mencerahkan kulit muka.
Untuk kulit berjerawat, kebiasaannya doktor akan menggunakan kaedah suntikan kolagen pada muka. Namun, anda juga boleh memilih produk-produk kolagen yang berasaskan sapuan.

#2: Khasiat Kolagen Untuk Lelaki

Kolagen untuk lelaki mengandungi zink, satu jenis nutrisi yang mencepatkan pemulihan kulit dan mengelakkan pembentukan kelemumur.
Selain itu, kolagen juga boleh membaiki sel dan otot-otot bagi lelaki setelah bersenam ataupun aktiviti fizikal.

#3: Khasiat Kolagen Untuk Kulit Kering

Kolagen sudah lama diamalkan untuk mengembalikan kelembapan kulit dan mengelakkan daripada masalah kulit kering. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesihatan kepada kuku dan rambut.
Antara produk kolagen yang baik untuk mengembalikan kelembapan kulit ada dinyatakan dalam bahagian produk-produk pilhan di bawah.

#4: Khasiat Kolagen Untuk Rambut

Setiap helaian rambut anda mengandungi kolagen, dan bahan ini memainkan peranan yang penting untuk menjaga kesihatan rambut secara umum. Namun, oleh kerana faktor- faktor yang tertentu, kadar kolagen akan berkurangan dan menyebabkan masalah keguguran rambut.
Oleh itu, dengan mengambil kolagen, anda boleh mengembalikan kesihatan rambut tersebut.

Kesan Sampingan Penggunaan Kolagen

Kebanyakan produk komersial kolagen menggunakan bahan kimia dalam pembuatannya. Oleh itu, anda perlu bersedia dengan beberapa kesan sampingan yang anda mungkin hadapi setelah menggunakannya. Antaranya adalah ruam (boleh berubah mengikut kandungan setiap produk yang digunakan)
Walaupun begitu, kebanyakan produk di luar sana tidak memberikan kesan sampingan yang teruk. Jadi boleh dikatakan selamat untuk digunakan. Anda hanya perlu memilih produk yang berkualiti, dan anda tidak perlu risau sangat.

Berapa Lama Kolagen Boleh Tahan?

Penggunaan kolagen tidak boleh bertahan selama-lamanya, mungkin dalam masa 2-4 bulan sahaja. Setelah kesan tersebut berkurangan, anda perlu menggunakan produk kolagen tersebut semula untuk mendapat hasil yang sama.
Oleh itu, sekiranya anda ingin memulakan penggunaan produk kolagen, anda tidak boleh mengharapkan kesan yang serta merta. Anda perlu menggunakannya untuk beberapa bulan untuk melihat kesan yang positif.

Produk Kolagen Terbaik yang diyakini halal dan lulus KKM di Malaysia

Produk yang dimaksudkan adalah Woman Love keluaran MAMADIL Sdn Bhd.



Sekiranya anda mencari kolagen yang diyakini halal dan lulus kkm, women love adalah pilihan yang tepat.


Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi


Najah
019-8460646

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan khasiat WOMEN LOVE

0 Comment :