15/11/2017

Muda sebelum usia?

Posted in
Assalamualaikum...

Ini adalah entri pertama dari saya. Sebelum itu saya perkenalkan diri dahulu. Nama diberi NAJAH berumur 31 tahun. Berasal dari Perlis dan menetap di Perlis. Bekerja tetap di sektor awam dan menjalankan bisnes secara part time.

Oleh kerana ini first entry dan saya suka bercakap soal kesihatan, jadi sebelum apa2 saya sudah membuat full medical check up minggu lepas. Bila umo atas 30 tahun kita disarankan untuk membuat medical check up setiap tahun supaya kita boleh tahu kondisi badan kita.

Anda sudah buat?

Kalau belum jom saya ceritakan report saya boleh la bagi sedikit gambaran berkenaan apa yang akan kita ketahui nanti.

TAPI, ketika pemeriksaan darah saya di ambil, saya baru sahaja selesai ambil lunch sejam yang lepas (tidak berpuasa 6 jam). Jadi Dr kata sekiranya saya benar-benar sihat, seharusnya keputusan saya tiada masalah walaupun tidak berpuasa. Jadi saya sahut cabaran Dr.
Inilah report saya...





Overall skali imbas takde yang menarik berkaitan report ni, just menandakan saya sihat pada masa ini. Alhamdulillah...

TAPI ada yang menarik mengenai report ini dari perspektif saya (ecece...). Dalam keadaan tidak berpuasa, bacaan kolestrol saya hanya 3.9! Tahun lepas bacaan saya 5.0. Seingat saya, saya tidak pernah mengurangkan kadar keminyakan dan kesantanan dalam makanan. Huhu...

Selain itu, kalau tengok report bahagian renal function, bacaan egfr saya adalah 116. Jom saya kongsikan bacaan sebenar egfr mengikut usia yang saya ambil kidney.org...


Ini menandakan usia badan saya adalah sekitar 20-29 tahun. Wahh ! Sapa yang xseronok kan?

Saya berfikir apa faktor lain yang menyebabkan kesihatan saya jadi begini. Maksud saya menjadi lebih baik berbanding tahun lepas. MUNGKIN gaya hidup saya yang berubah. Ya ada benarnya. Antaranya :
1. Saya sudah tiada keinginan terhadap makanan fast food.
2. Saya banyak melakukan aktiviti berjalan ketika melaksanakan haji baru-baru ini.
3. Saya mengambil supplemen vit c, women love (kolagen) dan kacip fatimah.

Itu antara perubahan gaya hidup ketara yang berlaku pada saya. Harap-harap saya dapat terus istiqamah selepas ini.

Oh yaa, mungkin ada yang nak tau kenapa saya mengambil kolagen dan kacip fatimah kan. Kacip fatimah dan vit c tu pasti sudah ramai yang tau kan berkenaan kebaikannya untuk sistem dalaman wanita dan imun badan.

Women love?

Banyak kelebihan saya dapat daripada woman love. Bila umur kita meningkat, kolagen badan kita akan berkurangan. Bila kolagen berkurang, ini salah satu penyebab organ tubuh kita menjadi kurang proaktif dan fungsi tubuh berkurang.

Selain itu, antara kesan lain yang akan kita dapat apabila kolagen berkurang adalah kulit muka kita menjadi semakin kusam dan tanda penuaan semakin jelas. Oleh itu, saya perlulah mengambil kolagen untuk sihat dalaman dan sihat luaran. Betul tak?

Sekiranya anda nak mengetahui kesihatan anda, buatlah medical check up setahun sekali. Bagi saya report ini adalah indikator samada gaya hidup kita sihat atau tidak.


Berminat nak tahu lebih lagi khasiat kolagen boleh klik sini


Berminat nak dapatkan Woman Love boleh klik sini

0 Comment :